Kemudahan Sukan yang terdapat di sekitar Kampung Tanjung Bundong.
Stadium tertutup Kota Samarahan.
Kolam renang Kota Samarahan
Stadium Terbuka Kota Samarahan
Taman Rekreasi
Thursday, 13 October 2016
Wednesday, 12 October 2016
Sejarah penubuhan Kampung Tanjung Bundong
Kampung Tanjong Bundong terletak di sebuah tanjung di tebingan Sungai Samarahan kira – kira 38 km dari bandaraya Kuching. Sungai Samarahan merupakan sungai kedua terpanjang di Sarawak selepas Sungai Batang Rajang.
Kampung Tanjong Bundong telah dibuka sebelum zaman kerajaan Brooke lagi, iaitu dizaman pemerintahan Kesultanan Brunei oleh beberapa keluarga dari Kelaka Saribas yang berhijrah / lari dari ancaman musuh (lamun / penyamun) dan membuka sebuah perkampungan yang dinamakan Kampung Tanjong Bundong.
Kampung Tanjung Bundong mendapat nama dari sejenis tumbuhan liar yang dinamakan BUNDONG yang tumbuh subur disepanjang tanjung di mana tempat mulanya kampung ini dibuka dahulu.
Pada ketika itu, pokok bundong merupakan sumber ekonomi penduduk kampung yang mana sebelu tali rafia diperkenalkan dipasaran, maka tali yang dihasilkan dari pokok bundong itu menjadi keperluan masyarakat, terutama pekedai runcit yang menggunakannya untuk mengikat bungkusan barangan yang dijual.
Kini Kampung Tanjung Bundong mempunyai enam buah kampung iaitu Kampung Tanjung Bundong Asal yang sinonim dengan panggilan “Kampung Tanjung Bundong Tradisi”, Lot Fasa 1, Lot Fasa 2, Lot Fasa 3, Lota Fasa 4 dan Lot Fasa 5 Kampung Tanjung Bundong.
Sumber dari youtube. Hak milik https://www.youtube.com/user/9791sarah
Subscribe to:
Posts (Atom)